Sabtu, 23 November 2013

Cinta Allah Cinta Hakiki

Sekali lagi ujian datang dalam hidupku
Dia yang menjanjikan bahagia telah pun berbahagia bersama orang lain
Dia yang menjanjikan ikatan perkahwinan mengikat ikatan pertunangan dengan orang lain
Begitu mudah aku dibuang kala itu
Begitu mudah kau lupakan janji itu
Begitu mudah kau sakiti aku yang sedang rapuh



Tahukah kau waktu itu aku telahpun Allah hadiahkan ujian
Ujian yang sangat berat untuk aku tanggung?
Tahukah kau betapa perit perasaan itu?
Tahukah kau begitu payah aku cuba bangun waktu itu?




Aku bagai dilanggar keretapi yang bergerak laju
Merempuh tubuh yang sedang longlai layu



Hati mula terbit rasa benci
Hati mula rasa berdendam
Tapi aku sabar dikala aku teringatkan Allah
Cukuplah Allah menjadi pelindung hidupku
Tapi siapakah aku yang berhak menghukum
Allah juga yang layak



Allahuakbar
Ingin sekali aku memaafkan
Tapi hati ni masih belum mampu
Maafkan aku ya Allah
Aku tahu kalau Rasulullah pun bleh maafkan ummatnya kenapa tidak aku?
Allahurabbi...berikan aku ketenangan.
Bersihkan hati yang penuh dengan rasa benci dan dendam ini



Biarlah kala ini aku mengisi waktuku untuk bersama Allah
Cinta Allah cinta yang hakiki
Janji Allah janji yang pasti
Allah sedang mengatur sesuatu
Insyaallah sesuatu yang indah buatku



Wahai hati yang terluka...janganlah dikau terus terluka
Ubati dengan zikir dan penuh mengingati Allah
Engkau yang Maha Mengetahui sedangkan aku tidak

Sabtu, 09 November 2013

Bersabar Duhai Hati


Belajar sabar ketika orang lain menyakitimu..

Belajar tersenyum ketika orang lain membuatmu menangis..

Belajar bangun ketika orang lain memusnahkan harapanmu..

Belajar kuat ketika orang lain menjatuhkanmu..

Kesedihan bukan untuk dinikmati hingga berlarut-larut, namun segera bangkit dan hapus air matamu. Jangan terus larut dalam kesedihan yang akan menjerat dirimu dalam nestapa..

Wahai diri,boleh bersedih,kecewa dan menangis. Tapi jangan terlalu lama. Bersabarlah,ingatlah janji Allah itu benar bagi orang yang sabar dan khusu’ dalam shalat. “ Dan mohonlah pertolongan( kepada Allah ) dengan sabar dan shalat .”(QS.Al- Baqarah :45). Maka obatilah dukamu dengan dua hal itu..



Ya Allah peluklah hatiku hingga batinku tentram dan damai di sisi-Mu.Hapuskanlah air mataku hingga aku akan bersabar dengan ikhlas. Bangunkanlah aku di saat aku terjatuh hingga aku akan merasa kuat.
Amin

Janji Allah itu Pasti

Sedikit lagu pembakar semangat ^^


Segenggam Tabah by Inteam

Amal Sedekah

Dari jauh terlihat satu susuk tubuh yang duduk di tepi kedai
Diri tidak kemas dan kelihatan tidak terurus
Bajunya sama seperti hari-hari sebelum ini
Nipis dan koyak besar pada bahu
Berseluarkan seluar pendek yang sudah lama tidak di basuh

Duduk termenung di tepi kedai
Mengenang nasib
Tidak ada harta mahupun tempat tinggal
Setiap malam berlantaikan lantai yang sejuk
Mujur saja tuan kedai tidak menghalau dia

Panas atau sejuk
Baju yang koyak itu juga yang membaluti tubuh tersebut
Menggigil kesejukan dikala hujan dan malam yang dingin
Tetapi tiada siapa yang ingin membantu

Kadangkala apabila tiba waktu tengahari
Jalan mundar-mandir di hadapan kedai makan
Lapar agaknya
Tapi tiada siapa yang sanggup menghulurkan makanan
Mahupun duit
Dia juga tidak pernah meminta-minta

*gambar hiasan*

Ya Allah sedihnya melihat lelaki tersebut
Tersentap hati melihat keadaannya
Kenapa pada hati saja berniat?
Kenapa tubuh tidak membantu??
Takut?? Malu??
Kau peliharalah insan-insan yang tidak bernasib baik ini Allah

Selalu tak kita menghadapi situasi yang sama?
Pada hati dah terniat dah nak bersedekah
Tapi tubuh tak juga nak amalkan
Sayang kan??

Kadang-kadang tu bukan sebab kita tidak mahu
Tapi sebab rasa takut!

Sebenarnya tak perlu takut untuk tolong orang
Takut kerana salah! Berani kerana benar!

Misalnya, sekarang di KL ramai pengemis-pengemis kanak-kanak berkeliaran
Selalu nampak bukan?
Pada saat tu lah kita terus ada mindset..
"Ahh..tak payah bagilah..bukan duit tu nanti dapat kat die pun tapi dapat kat orang yang jaga budak-budak ni" (sindiket kanak-kanak)



Sebenarnya tanggapan yang macam tu salah
Pernah tak kita terfikir, kalau anak-anak ni tak dapat bawa balik duit,
dieorang takkan dapat makan pun
Jadi, biarlah duit tu sampai kat siapa pun, yang penting mereka takkan di seksa
Sebab sedekah tu perlu ke kita memilih-milih?
Bukan sedekah tu untuk semua orang ke? 
Betulkan??



Sedekah lah kerana harta milik kamu tu bukan semuanya milik kamu
Allah kurniakan kita rezeki yang banyak supaya kita dapat bersedekah
Kerana harta Allah tu juga milik mereka
Bukan jadi miskin pun kita kalau sedekah sikit
Hanya untuk membantu
Untuk dapat sesuap nasi..mereka dah sangat-sangat bersyukur dah



Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. 
Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.




Pernah kita terfikir kenapa rezeki susah sangat nak masuk?
Setiap bulan duit mesti rasa tak cukup?



Bersedekahlah kamu..Allah akan melipatkali gandakan apa yang kamu bersedekah
Malahan apabila kita bersedekah ketika kita dalam keadaan yang terdesak, Allah lebih suka
Sebab masa tu Allah sedang menguji kita











Jumat, 08 November 2013

Sifat Pemaaf

" Sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya.Allah pasti akan meniggikan darjatnya di sisi manusia. " (Imam Syafi'e)

Pernahkah kamu di lukai orang sampai tidak tertanggung?
Pernahkah kamu di hina orang padahal itu bukan kamu?
Pernahkah kamu di fitnah hingga dibenci dan dipulaukan orang?
Pernahkan kamu dimarahi atas kesalah yang bukan kamu lakukan?

Ya..semua orang pernah melalu pengalaman-pengalaman di atas. 
Kunci utamanya di sini adalah bagaimana kita bersangka dengannya
Memang masa tu juga kita rasa sedih, hiba dan teraniaya sangat
Dan berkata " Kenapalah nasib aku macam ni?"


Mungkin juga ada tersimpan di hati kita,
"Bagus aku tumbuk je dia nih!"
atau mungkin
"Takpe..nanti aku balas balik pada kau"

Saya juga pernah mengalami situasi yang sama dan berfikir benda yang sama
Tapi...pernah tak kita fikir Allah sengaja timpakan ujian tersebut ke atas hambaNya
Untuk menilai sejauh mana kesabaran dan cara kita menangani ujian seperti itu


Sebaliknya perlulah kita bersabar sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar
Lantas dengan itu maafkanlah kesalahan-kesalah orang tersebut
Walau sebesar mana pun kesalahan dia pada kita
Mungkin berat..amat berat untuk memafkan kesalahan mereka
Tapi disebalik ujian Allah pasti terselit hikmahnya



Jika Allah boleh memaafkan dosa-dosa hambaNya yang besar
Kenapa tidak kita?
Kenapa kita tidak mengikut sifat Allah al-Ghaffar (Maha Pengampun)?
Sedangkan dosa-dosa kita terhadap Allah terlalu banyak
Tapi Allah tetap mengampunkan dosa-dosa hambaNya yang bertaubat


Jadilah kita seorang pemaaf
Kerana dari keamaafan itu kita dapat ketenangan jiwa
Tidaklah kita akan sentiasa berdendam dan berfikir macam mana cara nak balas dendam
Balas dendam tu bukan cara penyelesaian
TIDAK MAHUKAH KITA NIKMAT ALLAH DARI KESABARAN KITA?

Semoga bermanfaat :)




Kamis, 07 November 2013

Bersyukur Atas Nikmat Allah


Bersyukurlah kita atas nikmat pemberian Allah
Walau sekuat mana pun ujian Allah bersyukurlah kita masih diberikan masa untuk hidup
Jangan putus asa kerana Allah sentiasa bersama kita
Ingalah jika kita susah, ramai lagi di luar sana yang lebih susah dari kita
Misalnya rakyat Palestin yang sangat lama diuji Allah
Tapi mereka masih tetap bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan pada mereka
Walau pedih untuk tempuh, perjuangan mereka tak pernah terhenti (Allahuakbar)
Kepercayaan dan keyakinan mereka pada Allah tak pernah luntur
JADI KENAPA KITA MESTI PUTUS ASA DENGAN UJIAN ALLAH??





Jalan Ku Pulang by UNIC

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
terpaut aku tak berpaling

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala kiasan indah cintaMu

ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Tak temu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu


Tersenyumlah kita apabila Allah menguji kita
Kerana Allah mahu bukakan pintu taubat untuk kita
Kerana Allah rindu rintihan hambaNya
Berasa untunglah lah kita





Senin, 04 November 2013

Istimewanya Wanita


Pernah tak terlintas di fikiran kita bahawa wanita sangat istimewa
Istimewa??
Seorang ibu yang melahirkan, dosanya akan terhapus dan diberi pahala yang banyak
Walaupun hanya mengandung

ANTARA KEISTIMEWAAN WANITA :

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah S.A.W., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi S.A.W) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah R.A. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Sedikit video dari Ustaz Azhar Idrus




Minggu, 03 November 2013

Hijrah Part 2

Seperti dalam artikel yang sebelumnya
Indahnya suatu perubahan yang berlandaskan hukum Allah
Sesungguhnya segala apa yang terjadi adalah atas kehendakNya
Jika dulu kita berpakaian tidak menutup aurat,
Bila-bila masa saja Allah boleh buka pintu hati kita
Untuk berubah menjadi lebih baik
Semua itu kehendakNya

Sempena awal Muharram yang bakal tiba ini
Tetapkan dalam hati dengan keazaman yang kuat
Bahwa tahun baru ini aku akan melakukan suatu perubahan
PERUBAHAN YANG POSITIF !
Perubahan ke jalan Allah

Pada mulanya memang kita akan rasa beratnya nak berubah
Tapi kalau sikit demi sikit kita berubah
Lama-lama jadi kebiasaan

Misalnya sebelum ni kita tak pernah pun belajar addmaths
Fuhh..punye lah susah nak faham itu dan ini
Tapi lama-lama bila kita buat latihan
Banyak bertanya kat cikgu...
Lama-lama kita terbiasa kan dengan formula-formula tu semua?
Anggaplah ia sebagai latihan
Hari demi hari kita akan terbiasa



Sedikit checklist untuk dijadikan azam tahun baru ini
- Menutup aurat dengan sempurna. Tukar semua baju yang tidak sopan
- Menjaga batas pergaulan
- Hari-hari baca Al-Quran/ Yassin
- Banyakkan berzikir
- Banyakkan solat sunat di waktu-waktu terluang
- Belajar dengan lebih tekun kerana ibadah kepada Allah
- Banyakkan membaca ilmu tentang agama Islam
- Lebih menghargai ibu dan ayah/ keluarga
- Menjaga apa yang diucapkan lidah
- Jangan malas-malas!



Semoga menjadi muslimin dan muslimah yang diredhai Allah
Aku bersyukur Allah tunjukkan jalan ini untukku
Untukku berubah dan terus berubah menjadi lebih baik

"Kita tertanya-tanya kenapa Allah turunkan hujan. Rupanya Allah nak hadiahkan kita sebuah pelangi yang indah"

Hijrah Part 1

Hijrah Cinta
Petikan dari www.akuislam.com

Damia Qaisara hayun langkah laju. Tangisnya tak dapat dibendung lagi. Sampai saja di rumah, cepat-cepat dia masuk ke bilik. Pintu bilik dihempas kuat. Kuat.

Danial naik pelik. Tak sempat bertegur sapa. Tak sempat memberi salam. Kenapa dengan kembarnya? Tak pernah dia begitu. Ini pertama kali dia berkelakuan begitu. Selalunya hanya wajah ceria dan gembira saja yang menghiasi wajahnya. Apa kena?

Pintu bilik Mia dikuak,

“Mia, are you okay? Worry bout you sister.” Risau Danny melihat Mia.

“Nothing Danny, Mia tension study je…” hambar suara Mia.

“Orang lain you boleh tipu my dear, you’re my twins. Half of me is in you. Tell me.” pujuk Danny. Sayu hatinya melihat Mia begitu.

“Danny… lend me your shoulder please..” pinta Mia.

“Come..”

Laju bibir Mia membuka cerita. Dia baru tahu teman baiknya Aliff sudah punya teman wanita. Cinta dalam diamnya berakhir kini. Memang kebanyakan masanya di kolej dihabiskan bersama Aliff. Ke mana saja dia pergi, Aliff pasti menemani. Study, discussion, presentation pun selalunya mereka bersama. Tup tup Aliff cuma anggap dia teman biasa. Bertahun mereka berkawan , manela tak meraung si Mia. Frust.

“Ini ke yang buat Damia Qaisara meraung macam hilang anak ni… Eke elehh, come on Mia, tak rock la gini.” gurau Danny, sengaja menceriakan suasana.

Buk! Sebiji bantal kena ke muka Danny.

“Heyyy, be seriousla brother, orang tengah sedih dia buat lawak tak berkualiti. Tak lawaklah… ” lemah saja jawapan Mia.

“Oww, sorry2.. Mia, listen this. Cinta ni kadang-kadang datang sebagai ujian untuk kita. Allah bagi rasa cinta ni untuk uji macam mana kita kawal rasa ni. Jangan tergadai jiwa cuma sebab cinta manusia. Who knows Allah dah aturkan yang lebih baik untuk Mia. Mia tak tahu. Abang tak tahu. Ma and Abah pun tak tahu. Takde siapa-siapa tahu Mia. Only HIM knows. Have faith. Trust HIM more. Mia kuat kan sayang.” diusap kepala Mia seperti anak kecil.

Dipandang wajah Danny. Kasih sungguh dia pada kembarnya itu. Temannya kala suka dan duka. Jarang dia menangis begitu.

“Thank you abang, feel much better.” terharu Mia dengan layanan abangnya, Danny.

“No biggie sister. Saya kan abang. Haha. Dah, pegi mandi sana. Ambil wudhuk and solat. Baca Quran. Insya’ Allah, you will be much much better. Okay, go now.” arah Danny.

“Ayyai kapten! Mekaseh… ” suara Mia berbunga ceria semula.

Didik hati. Dekati rabbi. Itulah terapi hati.^^

……………………………………………………………

 “Abang, did you see my handphone?” Mia tercari-cari di ruang tamu. Silapnya juga, handphone nya disenyapkan.

“Ni haa……atas …me..meja.”lambat-lambat dihabiskan ayatnya. Danny menganga melihat Mia. Mia in jubah! JUBAH weyhh.. Bukan jeans lagi. Bukan mini skirt. Bukan.

“Apesal tengok Mia  macam tak pernah tengok orang seyh…” tanya Mia. Pelik dengan tingkah Danny.

“Wohooo.. Since when Mia pandai pakai jubah ni. Sweetnyeee! “

“Since hijrah menyapa.. Heee..” senyum Mia.

“Alhamdulillah, good to hear that. Moga istiqamah ya.. Hehe. ” gembira Danny dengan perubahan Mia. Satu-satunya adik kesayangannya. Adik kembarnya.

“Insya’ Allah, doakan Mia. Okay, Mia pegi kolej dulu ya. Love you brother.. ” jawab Mia riang.

Indahnya aturan Allah! ^^

Dah masuk lima bulan peristiwa itu berlalu. Mia mahu usir jauh-jauh kenangan itu.

“Mia, aku kagum la tengok kau. Cool je kan even Aliff dah buat macam tu.” ujar Faten. Teman baik Mia di kuliah.

“Ahah, tak payah nak kagum sangatlah. Aku kena kuat Faten. Kalau aku terus-menerus frust menonggeng gitu, hmmm habesla aku. Ingat tak Allah dah pesan dalam surah Al-Baqarah ayat 155, ‘Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar’.See, Allah nak kita kuat. Nak kita sabar. Dah bukan jodoh aku dengan dia Faten. And aku rasa syukur,  Allah bagi aku peluang untuk kembali pada DIA. Lebih dekat. Dekat. ” Mia senyum.

“Betul. Kita ni kadang-kadang rasa kitalah yang paling kuat ujiannya, paling susah kehidupannya, tapi, sebenarnya bila fikir-fikir balik, ada orang yang lebih berat ujiannya, lebih susah kehidupannya. Kita ni je haa yang jarang benar nak rasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Asyik rasa tak cukup je. Asyik rasa kurang je. Selagi tak dapat apa yang kita betul-betul nak, selagi itulah kita tak pernah rasa puas. ” tambah Faten.

“Kann.. Kita kena percaya bahawa Allah dah aturkan sebaik-baik kehidupan untuk kita. Cuma lambat atau cepat. At that time la Allah uji adakah kita benar-benar bersungguh dengan apa yang kita hajatkan. Takut-takut cuma hangat-hangat tahi ayam je. Samala macam ujian cinta yang Allah beri ni. Kalau kita betul-betul bersungguh dengan ikatan ni dan yakin bahawa si dia boleh bawa kita menuju SyurgaNya, kenalah rajin berdoa, mintak Allah dekatkan. Kalau lagi bagus, minta restu mak ayah. Bukan setakat I love you, You love me tapi tak ada apa-apa effort ke arah perkahwinan. Useless. Baik hentikan jelah. ” terang Mia.

“Fuhh, kau ni boleh tahan jugak kan bab-bab macam ni. Ehemmm.. Hehe.”gurau Faten, saja mengusik.

“Hahaha.. Kalau setakat share sikit-sikit macam ni bolehla, kalau nak suruh aku terang panjang lebar macam Tanyalah Ustazah tu tidakla, ilmu senipis kulit bawang lagi. Hihihi… “jawab Mia, tersenyum.

Manisnya cinta kerana Dia.^^



 Mia sudah melangkah ke tahun akhir. Tak sabar rasanya mahu menamatkan pengajian. Cintanya pada insan bernama lelaki sudah lama tidak mengisi  kotak fikirannya. Soal jodoh diserahkan pada ibu bapanya. Moga Allah mempertemukannya dengan insan yang lebih baik. Bukan fobia, cuma lebih berhati-hati, takut-takut tersasar lagi. Cukuplah sekali.

Andai cinta sudah bertandang, Mia harap benar biarlah cinta ini hadir keranaNya. Kadang-kadang manusia mudah lupa. Mudah lalai. Mudah alpa. Perlu ada teman yang sentiasa mengingatkan. Perlu ada teman yang sentiasa mendoakan. Teguran tanda kasih. Teguran tanda sayang. Penuh kasih sayang. Ingatan itu perlu. Bukan bermusim . Tapi biarlah selalu.

Moga hijrah cinta ini keranaNya, bukan kerananya.

Sabtu, 02 November 2013

Di Atas Satu Cinta




Jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta

* subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat 
Selalu di hatiku

Repeat *

Selalu di hatiku

Repeat * [4x]

Selalu di hatiku


...makin kuat peganganmu pada agama, makin kuat kasih dan sayangku padamu... hanya Tuhan yang tahu... kerana, hati ini dan segala yg ada yg ada padaku hanyalah amanah dariNya...redha ku menunggumu...datang semula dengan hati yang ikhlas...walaupun dalam sakit dan derita...kerana cintaku padamu juga kerana Allah...

Istikarah dan Istisyarah

Biasa kita akan dengan istilah istikarah
Tapi pernah tak kita dengar istilah istisyarah?

Dari pembacaan saya, (betulkan kalau salah)

Istikarah adalah solat sunat yang kita kerjakan ketika dalam situasi dimana kita keliru dan tidak dapat buat sesuatu keputusan. Memohon pertolongan dan petunjuk Allah. Pada masa ni kita wajib berserah kepada Allah dan dengan hati yang tenang mengerjakan istikarah.

Istisyarah adalah meminta pandangan orang lain (sumber-sumber yang arif dan faqih) setelah mendapat petunjuk istikarah. Sebabnya tidak semestinya apa yang kita tafsirkan dalam mimpi itu betul dari apa yang Allah tunjukkan untuk kita. Selalu kita akan mentafsir sendiri dengan mengikut hati dan perasaan.


1. LAFAZ NIAT
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.


2. SURAH YANG DIANJURKAN ULAMA

Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

3. DALAM SUJUD TERAKHIR BACA TASBIH DI BAWAH
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!


4. SEBELUM BANGKIT DARI SUJUD MINTA PERTOLONGAN ALLAH UNTUK MEMBERI PETUNJUK JALAN YANG BENAR DALAM MEMBUAT PILIHAN

5. SELEPAS MEMBERI SALAM, BERSELAWATLAH KE ATAS RASULULLAH SAW

6. DOA SOLAT ISTIKARAH


7. ULANGI DOA DI ATAS SEBANYAK 3 KALI DAN SEBAIK-BAIKNYA SEBUTKAN PERMINTAAN YANG INGIN DIPERTUNJUKKAN ALLAH
"YA ALLAH! JIKA DIKAU MENGETAHUI BAHAWA URUSAN INI........(SEBUTKAN PERKARANYA)

Serahkan segala keyakinan kepada Allah


Kesakitan

"Kerang"

Pada suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu dan mengeluh pada ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembek.

"Anakku," kata sang ibu sambil bercucuran air mata,

"Tuhan tidak memberikan pada kita, bangsa kerang, sebuah tangan pun, sehingga Ibu tak bisa menolongmu." Si ibu terdiam, sejenak,

"Aku tahu bahwa itu sakit anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan nyeri yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang bisa kau perbuat", kata ibunya dengan sendu dan lembut.

Anak kerang pun melakukan nasihat bundanya. Ada hasilnya, tetapi rasa sakit terkadang masih terasa. Kadang di tengah kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya. Tetapi tanpa disadarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa lebih wajar.

Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, utuh mengkilap, dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna. Penderitaannya berubah menjadi mutiara; air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.



Sahabat, cerita di atas adalah sebuah paradigma yg menjelaskan bahwa penderitaan adalah lorong transendental untuk menjadikan "kerang biasa" menjadi "kerang luar biasa". Karena itu dapat dipertegas bahwa kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah "orang biasa" menjadi "orang luar biasa".

Banyak orang yang mundur saat berada di lorong transendental tersebut, karena mereka tidak tahan dengan ujian yang mereka alami. Ada dua pilihan sebenarnya yang bisa mereka masuki: menjadi `kerang biasa' yang disantap orang atau menjadi `kerang yang menghasilkan mutiara'. Sayangnya, lebih banyak orang yang mengambil pilihan pertama, sehingga tidak mengherankan bila jumlah orang yang berjaya lebih sedikit dari orang yang `biasa-biasa saja'.

Mungkin saat ini kita sedang mengalami penolakan, kekecewaan, patah hati, atau terluka karena orang-orang di sekitar kita, cobalah utk tetap tersenyum dan tetap berjalan di lorong tersebut, dan sambil katakan di dalam hatimu... "Airmataku diperhitungkan Tuhan.. dan penderitaanku ini akan mengubah diriku menjadi mutiara." Semoga........

Buat yg sedang bersedih, yang jelas sekali lagi "KESABARAN PASTI SELALU BERBUAH MANIS"

*petikan dari Fuh Dot My*

Dosa dan Taubat


Debu-debu Dosa by Hijjaz

Banyaknye kelalaian aku dalam sehari-hari ku
Dosa-dosa sebelum ni 
Kalau kat akhirat nanti tak mampu aku nak tanggung
Ya Allah kembalikan aku kejalanMu

Kadang- kadang hati merpersoalkan




Selalu jugak hati ni merpersoalkan segala ujian yang Allah timpakan. 
Tapi setiap ujian itu ada hikmah disebaliknya
Allah rindu rintihan dan doa hambaNya
Aku redha