Selasa, 11 Februari 2014

Mengapa Hari Valentine HARAM disambut Orang Islam

Sebenarnya hal ni dari dulu dah di debatkan
Tapi masih...masih orang tertanya-tanya atau ada juga yang buat-buat tak ambil tahu
Masih juga orang Islam yang sambut Hari Valentine ni
Secara logiknya Hari Valentine lebih mendorong dari memudaratkan umat Islam
Sebab banyak mendatangkan maksiat
Kenapa? Kenapa masyarakat masih endah tak endah tentang hal ni?
Kesal...

Sejarah Hari Valentine
Secara ringkasnya hari valentine ni adalah hari mengingati seorang paderi yang bernama Valentine

Secara panjangnya :
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.


Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.


Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.


Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.


Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

Apa yang dapat dipetik dari Ustaz Azhar Idrus :
Hari Valentine ini adalah hari meraikan seorang paderi yang bernama Valentine. Paderi ini lah yang telah memurtadkan ramai umat Islam di Andalusia pada waktu itu

Nah..dari sini pun kita dah nampak kan?
Bangga ke kita menyambut dan meraikan seorang paderi yang telah berjaya memurtadkan ramai umat Islam?
Sepatutnya kita malu..kita umat Islam sendiri seolah-olah gembira dan menyokong usaha memurtadkan umat Islam kita sendiri..

Itu pun masih ada lagi umat Islam yang keras kepala dan tetap menentang pernyataan bahawa HARAM untuk umat Islam menyambut Hari Valentine ni
Sedarkah kita yang kita sedang syirik? dan seolah-olah mencabar Allah
Kalaulah Rasulullah SAW masih hidup pada akhir zaman ni, mengalir air mata Rasulullah..luluh hati Rasulullah

Petikan dari web e-fatwa : 
(http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                                                                                    ( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                                                 (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Jadi bukalah minda wahai umat Islam
Jangan lagi mempersoalkan apa yang telah ditetapkan
Ajaran Allah itu lurus serta jelas dan bukan untuk merosakkan diri kita
Mampukah kita mencabar kuasa Allah?
Fikir-fikirkan...





Tidak ada komentar:

Posting Komentar