Minggu, 03 November 2013

Hijrah Part 1

Hijrah Cinta
Petikan dari www.akuislam.com

Damia Qaisara hayun langkah laju. Tangisnya tak dapat dibendung lagi. Sampai saja di rumah, cepat-cepat dia masuk ke bilik. Pintu bilik dihempas kuat. Kuat.

Danial naik pelik. Tak sempat bertegur sapa. Tak sempat memberi salam. Kenapa dengan kembarnya? Tak pernah dia begitu. Ini pertama kali dia berkelakuan begitu. Selalunya hanya wajah ceria dan gembira saja yang menghiasi wajahnya. Apa kena?

Pintu bilik Mia dikuak,

“Mia, are you okay? Worry bout you sister.” Risau Danny melihat Mia.

“Nothing Danny, Mia tension study je…” hambar suara Mia.

“Orang lain you boleh tipu my dear, you’re my twins. Half of me is in you. Tell me.” pujuk Danny. Sayu hatinya melihat Mia begitu.

“Danny… lend me your shoulder please..” pinta Mia.

“Come..”

Laju bibir Mia membuka cerita. Dia baru tahu teman baiknya Aliff sudah punya teman wanita. Cinta dalam diamnya berakhir kini. Memang kebanyakan masanya di kolej dihabiskan bersama Aliff. Ke mana saja dia pergi, Aliff pasti menemani. Study, discussion, presentation pun selalunya mereka bersama. Tup tup Aliff cuma anggap dia teman biasa. Bertahun mereka berkawan , manela tak meraung si Mia. Frust.

“Ini ke yang buat Damia Qaisara meraung macam hilang anak ni… Eke elehh, come on Mia, tak rock la gini.” gurau Danny, sengaja menceriakan suasana.

Buk! Sebiji bantal kena ke muka Danny.

“Heyyy, be seriousla brother, orang tengah sedih dia buat lawak tak berkualiti. Tak lawaklah… ” lemah saja jawapan Mia.

“Oww, sorry2.. Mia, listen this. Cinta ni kadang-kadang datang sebagai ujian untuk kita. Allah bagi rasa cinta ni untuk uji macam mana kita kawal rasa ni. Jangan tergadai jiwa cuma sebab cinta manusia. Who knows Allah dah aturkan yang lebih baik untuk Mia. Mia tak tahu. Abang tak tahu. Ma and Abah pun tak tahu. Takde siapa-siapa tahu Mia. Only HIM knows. Have faith. Trust HIM more. Mia kuat kan sayang.” diusap kepala Mia seperti anak kecil.

Dipandang wajah Danny. Kasih sungguh dia pada kembarnya itu. Temannya kala suka dan duka. Jarang dia menangis begitu.

“Thank you abang, feel much better.” terharu Mia dengan layanan abangnya, Danny.

“No biggie sister. Saya kan abang. Haha. Dah, pegi mandi sana. Ambil wudhuk and solat. Baca Quran. Insya’ Allah, you will be much much better. Okay, go now.” arah Danny.

“Ayyai kapten! Mekaseh… ” suara Mia berbunga ceria semula.

Didik hati. Dekati rabbi. Itulah terapi hati.^^

……………………………………………………………

 “Abang, did you see my handphone?” Mia tercari-cari di ruang tamu. Silapnya juga, handphone nya disenyapkan.

“Ni haa……atas …me..meja.”lambat-lambat dihabiskan ayatnya. Danny menganga melihat Mia. Mia in jubah! JUBAH weyhh.. Bukan jeans lagi. Bukan mini skirt. Bukan.

“Apesal tengok Mia  macam tak pernah tengok orang seyh…” tanya Mia. Pelik dengan tingkah Danny.

“Wohooo.. Since when Mia pandai pakai jubah ni. Sweetnyeee! “

“Since hijrah menyapa.. Heee..” senyum Mia.

“Alhamdulillah, good to hear that. Moga istiqamah ya.. Hehe. ” gembira Danny dengan perubahan Mia. Satu-satunya adik kesayangannya. Adik kembarnya.

“Insya’ Allah, doakan Mia. Okay, Mia pegi kolej dulu ya. Love you brother.. ” jawab Mia riang.

Indahnya aturan Allah! ^^

Dah masuk lima bulan peristiwa itu berlalu. Mia mahu usir jauh-jauh kenangan itu.

“Mia, aku kagum la tengok kau. Cool je kan even Aliff dah buat macam tu.” ujar Faten. Teman baik Mia di kuliah.

“Ahah, tak payah nak kagum sangatlah. Aku kena kuat Faten. Kalau aku terus-menerus frust menonggeng gitu, hmmm habesla aku. Ingat tak Allah dah pesan dalam surah Al-Baqarah ayat 155, ‘Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar’.See, Allah nak kita kuat. Nak kita sabar. Dah bukan jodoh aku dengan dia Faten. And aku rasa syukur,  Allah bagi aku peluang untuk kembali pada DIA. Lebih dekat. Dekat. ” Mia senyum.

“Betul. Kita ni kadang-kadang rasa kitalah yang paling kuat ujiannya, paling susah kehidupannya, tapi, sebenarnya bila fikir-fikir balik, ada orang yang lebih berat ujiannya, lebih susah kehidupannya. Kita ni je haa yang jarang benar nak rasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Asyik rasa tak cukup je. Asyik rasa kurang je. Selagi tak dapat apa yang kita betul-betul nak, selagi itulah kita tak pernah rasa puas. ” tambah Faten.

“Kann.. Kita kena percaya bahawa Allah dah aturkan sebaik-baik kehidupan untuk kita. Cuma lambat atau cepat. At that time la Allah uji adakah kita benar-benar bersungguh dengan apa yang kita hajatkan. Takut-takut cuma hangat-hangat tahi ayam je. Samala macam ujian cinta yang Allah beri ni. Kalau kita betul-betul bersungguh dengan ikatan ni dan yakin bahawa si dia boleh bawa kita menuju SyurgaNya, kenalah rajin berdoa, mintak Allah dekatkan. Kalau lagi bagus, minta restu mak ayah. Bukan setakat I love you, You love me tapi tak ada apa-apa effort ke arah perkahwinan. Useless. Baik hentikan jelah. ” terang Mia.

“Fuhh, kau ni boleh tahan jugak kan bab-bab macam ni. Ehemmm.. Hehe.”gurau Faten, saja mengusik.

“Hahaha.. Kalau setakat share sikit-sikit macam ni bolehla, kalau nak suruh aku terang panjang lebar macam Tanyalah Ustazah tu tidakla, ilmu senipis kulit bawang lagi. Hihihi… “jawab Mia, tersenyum.

Manisnya cinta kerana Dia.^^



 Mia sudah melangkah ke tahun akhir. Tak sabar rasanya mahu menamatkan pengajian. Cintanya pada insan bernama lelaki sudah lama tidak mengisi  kotak fikirannya. Soal jodoh diserahkan pada ibu bapanya. Moga Allah mempertemukannya dengan insan yang lebih baik. Bukan fobia, cuma lebih berhati-hati, takut-takut tersasar lagi. Cukuplah sekali.

Andai cinta sudah bertandang, Mia harap benar biarlah cinta ini hadir keranaNya. Kadang-kadang manusia mudah lupa. Mudah lalai. Mudah alpa. Perlu ada teman yang sentiasa mengingatkan. Perlu ada teman yang sentiasa mendoakan. Teguran tanda kasih. Teguran tanda sayang. Penuh kasih sayang. Ingatan itu perlu. Bukan bermusim . Tapi biarlah selalu.

Moga hijrah cinta ini keranaNya, bukan kerananya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar