Ya..adalah benar jika orang kata hidup ini tak semestinya ikut perancangan kita
Ada saja yang menghalang dan perancangan itu terpaksa di ubah
" But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah knows, while you know not" [2:216]
Ingatlah petikan ini ketika kalian merasa sangat-sangat berputus-asa kerana tidak mendapatkan apa yang dihajati. Tidak menyukai apa yang tertulis. Tapi bersangka baik lah kita pada Pencipta kita. Sedang kita sibuk menangisi apa yang kita hilang, Allah sedang pun merancang apa yang lebih baik dan lebih bermanfaat untuk kita. Jangan putus berharap pada Allah kerana hanya pada Allah kita bergantung. Bukan pada sesiapa.
Jika Allah kata jadi..maka jadilah ia. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kita tidak mengetahui.
Sungguh peristiwa itu telah memberi tamparan kuat dalam hidupku. Lalu aku bangun dari di buai lena duniawi. Fitnah dunia. Masih...masih segar di fikiran ini. Bagaimana aku jatuh hingga tak terdaya jasad ini menanggung perit. Aku bagaikan tidak percaya yang nasib seperti ini menimpa ku. Kau yang aku cintakan selama ini pergi..pergi meninggalkan ku tanpa sepatah kata selamat tinggal mahupun kata maaf.
Sungguh aku membeku dikala aku terlihat gambar perkahwinanmu. Sungguh mulutku tertutup rapat. Jantungku tak berhenti berdegup kencang. Air mata terus..membasahi pipi. Tak tertanggung rasanya diri ini. Lalu aku duduk terdiam. Apa yang harus aku lakukan? Tiada..memang aku tiada jalan penyelesaian.
Peristiwa itu..masih...masih segar dibenakku. Tapi tidak perlulah engkau merasa bimbang kerana aku telah pun memaafkan mu walau apa pun salahmu padaku. Tiada dendam. Tiada rasa benci.
Kerana..
Aku tahu Allah telah pun menyedarkan aku. Bahawa aku telah terlalu lalai. Bahawa aku telah terlalu sesat. Sesat dengan dunia yang hanya sementara. Berbekalkan kata "La Tahzan" aku bangkit. Kembali kepada Penciptaku yaitu Allah yang Maha Esa. Cukuplah Allah sebagai pelindungku.
Kini...aku lebih mengerti
Terima kasih Allah..terima kasih kepada kamu
Tanpa pengajaran yang amat berharga ini, aku akan terus hanyut dalam dosa-dosa. Kini aku lebih mengerti Allah sedang memberikan aku sesuatu yang lebih baik. Nikmat Islam. Nikmat hidup cara Islam yang sebenar-benarnya. Sungguh aku sangat bersyukur Allah berikan ku Hidayah dan kesedaran sebelum dia mengambil nyawa ini. Cinta. Harta. Angan-angan. Nafsu. hanyalah permainan dunia semata-mata. Usaha Syaitan untuk menarik anak Adam ke dalam neraka jahanam.
Dan aku juga faham. Apa itu erti kesabaran. Apa itu nikmat mencintai Allah lebih dari apa pun. Nikmat menutup aurat walaupun masih belum sempurna. Aku masih berusaha. Untuk menjadi wanita solehah yang akan membantu kedua ibu bapaku dan ahli keluarga ku untuk masuk ke dalam syurga kelak. Insyaa Allah. Aku masih insan yang lemah. Namun aku masih belajar dan akan terus belajar tentang Islam. Tentang Islam yang telah aku terlupa atau belum belajar sebelum ini.
Aku bersyukur ya Allah..bersyukur yang tak terhingga. Kau berikan aku suatu pengajaran dan bawa ku semula ke jalan yang lurus. Harap penghijrahan ku ini di terima Allah. Harap taubatku di terima Allah sebelum aku pergi meninggalkan dunia. Hari-hari ku selepas ini akan ku isikan dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan beribadah dengan penuh ikhlas kepadamu.
Hidup itu memang pahit jika aku kenangkan. Perit dan berliku-liku. Tapi janganlah kita jatuh dan terus jatuh. Sesungguhnya Allah memberikan ujian kepada hambaNya kerana Allah mahu hambaNya dekat padaNya. Dan itulah tanda Allah masih sayangkan kita. Selalu bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Lalui hidup dengan penuh berarti,sabar dan ikhlas. Insyaa Allah.. Allah telah pun aturkan yang terbaik untuk kita. Buanglah sifat sombong kita padaNya.
JANJI ALLAH ITU PASTI !
Sedih? Tidak lagi..kerana Allah bersamaku.
Dan itu sudah terlalu cukup bagiku.
*alhamdulillah aku lebih berlapang dada*
La Tahzan :)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar