Sabtu, 09 November 2013

Amal Sedekah

Dari jauh terlihat satu susuk tubuh yang duduk di tepi kedai
Diri tidak kemas dan kelihatan tidak terurus
Bajunya sama seperti hari-hari sebelum ini
Nipis dan koyak besar pada bahu
Berseluarkan seluar pendek yang sudah lama tidak di basuh

Duduk termenung di tepi kedai
Mengenang nasib
Tidak ada harta mahupun tempat tinggal
Setiap malam berlantaikan lantai yang sejuk
Mujur saja tuan kedai tidak menghalau dia

Panas atau sejuk
Baju yang koyak itu juga yang membaluti tubuh tersebut
Menggigil kesejukan dikala hujan dan malam yang dingin
Tetapi tiada siapa yang ingin membantu

Kadangkala apabila tiba waktu tengahari
Jalan mundar-mandir di hadapan kedai makan
Lapar agaknya
Tapi tiada siapa yang sanggup menghulurkan makanan
Mahupun duit
Dia juga tidak pernah meminta-minta

*gambar hiasan*

Ya Allah sedihnya melihat lelaki tersebut
Tersentap hati melihat keadaannya
Kenapa pada hati saja berniat?
Kenapa tubuh tidak membantu??
Takut?? Malu??
Kau peliharalah insan-insan yang tidak bernasib baik ini Allah

Selalu tak kita menghadapi situasi yang sama?
Pada hati dah terniat dah nak bersedekah
Tapi tubuh tak juga nak amalkan
Sayang kan??

Kadang-kadang tu bukan sebab kita tidak mahu
Tapi sebab rasa takut!

Sebenarnya tak perlu takut untuk tolong orang
Takut kerana salah! Berani kerana benar!

Misalnya, sekarang di KL ramai pengemis-pengemis kanak-kanak berkeliaran
Selalu nampak bukan?
Pada saat tu lah kita terus ada mindset..
"Ahh..tak payah bagilah..bukan duit tu nanti dapat kat die pun tapi dapat kat orang yang jaga budak-budak ni" (sindiket kanak-kanak)



Sebenarnya tanggapan yang macam tu salah
Pernah tak kita terfikir, kalau anak-anak ni tak dapat bawa balik duit,
dieorang takkan dapat makan pun
Jadi, biarlah duit tu sampai kat siapa pun, yang penting mereka takkan di seksa
Sebab sedekah tu perlu ke kita memilih-milih?
Bukan sedekah tu untuk semua orang ke? 
Betulkan??



Sedekah lah kerana harta milik kamu tu bukan semuanya milik kamu
Allah kurniakan kita rezeki yang banyak supaya kita dapat bersedekah
Kerana harta Allah tu juga milik mereka
Bukan jadi miskin pun kita kalau sedekah sikit
Hanya untuk membantu
Untuk dapat sesuap nasi..mereka dah sangat-sangat bersyukur dah



Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. 
Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.




Pernah kita terfikir kenapa rezeki susah sangat nak masuk?
Setiap bulan duit mesti rasa tak cukup?



Bersedekahlah kamu..Allah akan melipatkali gandakan apa yang kamu bersedekah
Malahan apabila kita bersedekah ketika kita dalam keadaan yang terdesak, Allah lebih suka
Sebab masa tu Allah sedang menguji kita











Tidak ada komentar:

Posting Komentar