Sabtu, 03 Oktober 2015



Nyanyian Sepi - Opick

Langit bumi jadi saksi setiap detik yang berlalu
Hitam putih gelap terang di alam dunia
Semua wajah kan diuji dengan sesuatu yang dicintai
Harta benda dan segalanya semua kan binasa
Reff:
Tinggallah namamu tinggalkan cintamu
Tinggalkan segala yang dipunya di atas dunia
Hanyalah dirimu hanyalah amalmu
Hanyalah sepimu menemani kesunyian di alam kuburmu
Tiada bisa manusia mengulur sang waktu
Bila tiba masa datang maut menjemputmu
Semua yang di mata semua yang cinta
Semua yang dibangga akan hilang akan sirna
Back to Reff:
Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat
Maka dia tidak akan di balas melainkan sebanding dengan kejahatan itu
Dan barang siapa mengerjakan amal yang soleh baik laki-laki maupun perempuan
Sedang ia dalam keadaan beriman maka mereka akan masuk surga
Mereka diberi rizki di dalamnya tanpa hisab
Tinggallah namamu tinggalkan cintamu
Tinggalkan segala yang di punya di atas dunia
Hanyalah dirimu hanyalah amalmu
Hanyalah sepimu menemani kesunyian …
Back to Reff:
Lagu ni menggambarkan apa yang akan jadi apabila kelak kita berjumpa dengan maut. Semua amalan kita akan terputus. Harta, nama, pangkat, orang yang disayangi akan kita tinggalkan dengan bersedia ataupun tidak sebab maut tu tak sedetik pun cepat dan tak sedetik pun lambat. Jadi bila kita tinggalkan dunia ni, maka terputus lah amalan-amalan kita kecuali 1) Amal jariah ; 2) Ilmu yang bermanfaat; 3) Doa anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.

Jumat, 25 April 2014

Patutkah Hanya Lelaki yang Dipersalahkan Apabila Berlaku Situasi Sebegini

Situasi sebegini seringkali dihadapi oleh lelaki-lelaki di zaman moden:

Seorang lelaki duduk dalam bas sebelah seorang perempuan yang walaupun bertudung tapi berpakaian ketat .Oleh sebab baju dia tu ketat, maka kelihatanlah dua bukit yang menonjol dari baju perempuan itu.

Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?"Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.



Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah?

Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang termaktub dalam Al-quran

Surah An-nur ayat 30

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.

Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.


Terima Kasih Kini Aku Lebih Mengerti :)


Ya..adalah benar jika orang kata hidup ini tak semestinya ikut perancangan kita
Ada saja yang menghalang dan perancangan itu terpaksa di ubah

" But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah knows, while you know not" [2:216]

Ingatlah petikan ini ketika kalian merasa sangat-sangat berputus-asa kerana tidak mendapatkan apa yang dihajati. Tidak menyukai apa yang tertulis. Tapi bersangka baik lah kita pada Pencipta kita. Sedang kita sibuk menangisi apa yang kita hilang, Allah sedang pun merancang apa yang lebih baik dan lebih bermanfaat untuk kita. Jangan putus berharap pada Allah kerana hanya pada Allah kita bergantung. Bukan pada sesiapa.
Jika Allah kata jadi..maka jadilah ia. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kita tidak mengetahui.

Sungguh peristiwa itu telah memberi tamparan kuat dalam hidupku. Lalu aku bangun dari di buai lena duniawi. Fitnah dunia. Masih...masih segar di fikiran ini. Bagaimana aku jatuh hingga tak terdaya jasad ini menanggung perit. Aku bagaikan tidak percaya yang nasib seperti ini menimpa ku. Kau yang aku cintakan selama ini pergi..pergi meninggalkan ku tanpa sepatah kata selamat tinggal mahupun kata maaf.

Sungguh aku membeku dikala aku terlihat gambar perkahwinanmu. Sungguh mulutku tertutup rapat. Jantungku tak berhenti berdegup kencang. Air mata terus..membasahi pipi. Tak tertanggung rasanya diri ini. Lalu aku duduk terdiam. Apa yang harus aku lakukan? Tiada..memang aku tiada jalan penyelesaian.

Peristiwa itu..masih...masih segar dibenakku. Tapi tidak perlulah engkau merasa bimbang kerana aku telah pun memaafkan mu walau apa pun salahmu padaku. Tiada dendam. Tiada rasa benci.

Kerana..
Aku tahu Allah telah pun menyedarkan aku. Bahawa aku telah terlalu lalai. Bahawa aku telah terlalu sesat. Sesat dengan dunia yang hanya sementara. Berbekalkan kata "La Tahzan" aku bangkit. Kembali kepada Penciptaku yaitu Allah yang Maha Esa. Cukuplah Allah sebagai pelindungku.


Kini...aku lebih mengerti
Terima kasih Allah..terima kasih kepada kamu
Tanpa pengajaran yang amat berharga ini, aku akan terus hanyut dalam dosa-dosa. Kini aku lebih mengerti Allah sedang memberikan aku sesuatu yang lebih baik. Nikmat Islam. Nikmat hidup cara Islam yang sebenar-benarnya. Sungguh aku sangat bersyukur Allah berikan ku Hidayah dan kesedaran sebelum dia mengambil nyawa ini. Cinta. Harta. Angan-angan. Nafsu. hanyalah permainan dunia semata-mata. Usaha Syaitan untuk menarik anak Adam ke dalam neraka jahanam.

Dan aku juga faham. Apa itu erti kesabaran. Apa itu nikmat mencintai Allah lebih dari apa pun. Nikmat menutup aurat walaupun masih belum sempurna. Aku masih berusaha. Untuk menjadi wanita solehah yang akan membantu kedua ibu bapaku dan ahli keluarga ku untuk masuk ke dalam syurga kelak. Insyaa Allah. Aku masih insan yang lemah. Namun aku masih belajar dan akan terus belajar tentang Islam. Tentang Islam yang telah aku terlupa atau belum belajar sebelum ini.

Aku bersyukur ya Allah..bersyukur yang tak terhingga. Kau berikan aku suatu pengajaran dan bawa ku semula ke jalan yang lurus. Harap penghijrahan ku ini di terima Allah. Harap taubatku di terima Allah sebelum aku pergi meninggalkan dunia. Hari-hari ku selepas ini akan ku isikan dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan beribadah dengan penuh ikhlas kepadamu.

Hidup itu memang pahit jika aku kenangkan. Perit dan berliku-liku. Tapi janganlah kita jatuh dan terus jatuh. Sesungguhnya Allah memberikan ujian kepada hambaNya kerana Allah mahu hambaNya dekat padaNya. Dan itulah tanda Allah masih sayangkan kita. Selalu bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Lalui hidup dengan penuh berarti,sabar dan ikhlas. Insyaa Allah.. Allah telah pun aturkan yang terbaik untuk kita. Buanglah sifat sombong kita padaNya.

JANJI ALLAH ITU PASTI !

Sedih? Tidak lagi..kerana Allah bersamaku.
Dan itu sudah terlalu cukup bagiku.

*alhamdulillah aku lebih berlapang dada*



La Tahzan :)

Kerana Cinta by Inteam dan Mestica


cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

Hukum Tunjuk Gambar Tidak Menutup Aurat Ketika Kecil

*awat macam terkezuttss sangat baby?*

Pernah saya tertanya-tanya apakah berdosa kita tunjukkan gambar sewaktu kita kecil yang tidak menutup aurat?Ada juga saya bertanya kepada kawan-kawan yang lain..masing-masing berlainan pendapat
Baiklah...ini yang saya dapat kutip dari halaqah.net serta penerangan dari Ustaz Azhar Idrus dan telah saya simpulkan sedikit :)

Kalau gambar yang kita tunjuk tu adalah sebelum kita Mumayyiz, maka ia adalah harus. Mumayyiz disini adalah sewaktu kita sebelum umur 7 tahun.. Kalau selepas umur 7 tahun tidak boleh kita tunjuk lagi.

Tapi kadang-kadang bergantung dengan niat jugak.. Adakah kita meletakkan gambar tersebut dengan harapan untuk dipuji? kerana dari dipuji ni lah akan timbul penyakit riak dan takbur. Jadi, apakah niat kita??

Mumayyiz = anak yang sudah mencapai usia di mana seorang anak sudah boleh membezakan mana hal yang bermanfaat baginya dan mana hal yang membahayakan dirinya, sebahagian ulama' menyatakan bahwa pada usia ini seorang anak memiliki kemampuan dalam otaknya untuk mencari erti dari sesuatu hal. Pada masa ini seorang anak sudah mampu untuk melakukan beberapa hal dengan sendirinya, seperti makan sendiri, minum sendiri, dan lain lain. Umur mumayyiz menurut majoriti ulama' adalah 7 tahun, dan berakhir setelah sampai pada masa baligh.

*rest like a king..omeyyy ^^*

Sedikit sedutan dari jawapan yang diberikan Ustaz Azhar Idrus

Baca Al-Quran dan Baca Tafsir Adakah Sama?


Apakah berdosa bagi seseorang membaca buku tafsir al-Quran tanpa tutup aurat, tidak ada air sembahyang. Apakah perbezaan adab membaca al-Quran dan buku tafsir. Adakah pahala membaca al-Quran dan buku tafsir sama? Maksud saya di sini ialah orang yang tidak habis mengaji al-Quran, tapi rajin membaca buku tafsir al-Quran setiap hari hingga tamat semua juzuk seperti khatam membaca al-Quran)?

Najla Pahang

Alhamdulillah wassalatu wassalamu 'ala Rasulillah, amma ba'du, terima kasih di atas soalan puan, membuktikan puan benar-benar mencintai al-Quran kerana ingin mengetahui hukum-hakamnya. Sebagai umat Islam, kita wajib mencintai dan mengamalkan kandungan kitab suci. Semoga amal ibadah puan diterima Allah SWT. Ketiga-tiga soalan puan berkisar dalam satu isu, saya menjawabnya dalam satu format.

Buku tafsir al-Quran bukanlah al-Quran itu sendiri kerana al-Quran adalah Kalamullah yang kekal abadi sedangkan buku tafsir, hasil pemahaman orang yang menulisnya. Oleh itu kedua-duanya berbeza dan kerana perbezaan inilah hukum-hakam yang berkaitan dengannya berbeza.

Mungkin yang puan maksudkan buku tafsir al-Quran adalah terjemahan tafsirnya dan bukan buku tafsirnya kerana menurut pengkaji dan ulama ulum al-Quran, tafsir adalah penjelasan dalam satu bahasa yang sama. Jadi jika al-Quran berbahasa Arab, penjelasannya dalam bahasa Arab itulah yang disebut tafsir. Kalau dalam bahasa Melayu, ia adalah terjemahan tafsir al-Quran. Ini perlu dijelaskan supaya pemahaman lebih jelas kerana jika kita hierakikan urutannya, tafsir al-Quran ada pada urutan kedua manakala terjemahan ada pada urutan ketiga. Urutan pertamanya adalah al-Quran.

Oleh itu, untuk soalan pertama jawapannya adalah tidak berdosa bagi seseorang membaca tanpa menutup aurat sepenuhnya dan tidak ada air sembahyang ketika memegang buku tafsir al-Quran kerana ia hanya berlaku kepada urutan ketiga. Yang kita digalakkan untuk menutup aurat sepenuhnya dan diwajibkan dalam keadaan bersuci (ada wudu') adalah ketika membaca al-Quran sambil memegang mushafnya.

Perbezaan adab membaca al-Quran dengan tafsir al-Quran, boleh diringkaskan bahawa adab membaca al-Quran dibahagikan kepada adab batin (hati) dan adab zahir. Adab hati termasuk niat suci dan ikhlas ketika membacanya, manakala adab zahir bersih tempat, menghadap kiblat, membaca isti'adazh, membaca dengan khusyuk, menangis, tartil dengan hukum hakam tajwidnya. Adab ini tidak perlu ketika membaca tafsir atau terjemahan tafsir al-Quran.

Bagi soalan ketiga jawapannya adalah tidak sama, kerana membaca al-Quran adalah satu kewajipan dan ibadah di mana satu huruf yang kita baca akan mendapat 10 pahala kebajikan seperti disabdakan Junjungan kita sama ada faham atau tidak faham orang yang membacanya itu.

Kelebihan ini tidak ada pada membaca buku tafsir atau terjemahan tafsir al-Quran. Salah satu natijahnya, orang yang hanya membaca buku tafsir al-Quran sebenarnya tidak membaca al-Quran. Dia masih mempunyai kewajipan untuk membaca al-Quran.

Oleh itu, wajib hukumnya belajar membaca al-Quran agar kita boleh membaca kitab Allah. Nabi, sahabat dan orang salih selalu membaca al-Quran dan mengkhatamkannya kerana sudah tertanam dalam hati dan minda mereka membaca al-Quran adalah satu kewajipan.

Kita juga dituntut membaca dan mengkhatamkannya sekali dalam tiga hari, seminggu, sebulan, atau setahun menurut kemampuan kerana di dalamnya juga banyak berkah dan manfaat bagi kehidupan kita di dunia dan di akhirat kelak. Wallahu a'lam bishshawab.


Kutipan dari http://nurulhudaaisyah.blogspot.com/2006/04/fadilat-baca-al-quran-tafsir-berbeza.html

Selasa, 22 April 2014

Palestine..You Will Never Walk Alone












Speechless?
Terkedu?
Sebak?

Ya..dengan melihat gambar sahaja kita dah boleh dapat gambaran betapa seksanya mereka yang tingga di bumi Gaza
Pernah kalian terbayang kalaulah kita di tempat mereka?
Bom di sana sini tanpa amaran
Kebuluran tiada sumber makanan
Kehilangan ahli keluarga dan sahabat
Jeritan kesakitan di sana sini
Tangisan yang menyebakkan dada
Ditindas tentera zionis
Tiada bekalan ubat mencukupi
Terputus hubungan dengan dunia luar

Kita di Malaysia hidup aman tapi masih kufur nikmat
Ya Allah...
Memang kita bukan ditempat mereka
Tapi perlukah kita sombong kepada yang Maha Esa?
Seolah-olah tiada siapa yang boleh mengambil nyawa ini

Patutkah kita berdiam diri?
Dan berpura-pura bahawa mereka ini bukanlah saudara se-Islam kita

Allah..sungguh tak sanggup aku lihat penderitaan mereka
Sungguh aku kagum dengan perjuangan mereka
Memperjuangkan kalimah suciMu
Aku? belum tentu aku sekuat mereka
Merekalah yang dipilih Engkau untuk terima ujian perit seperti ini
Mereka..mereka istimewa

Dari pengalaman yang diceritakan selebriti Heliza Helmi
Pengalaman beliau ke bumi Gaza
Kagum! Ya aku kagum
Anak-anak dari kecil menanamkan niat untuk mati Syahid
Walaupun mereka sedaif mana pun
Mereka menjamu tetamu mereka dengan meriah sekali
Mereka memuliakan tetamu
Walaupun krew sukarelawan yang berkunjung ke sana mahu memberikan wang pada anak di sana
Namun mereka menolak..
Bagi mereka..Rasulullah tidak pernah menerima sedekah tetapi Rasulullah menerima hadiah
Masyaa Allah..

Kuat sungguh perjuangan mereka
Kuat sungguh pegangan mereka
Kuat sungguh semangat mereka
Meneruskan hidup yang berlandaskan agama yang sebenar-benarnya
Masih tidak putus berdoa kepada Allah SWT

Kita?
Baru di uji sedikit dah salahkan takdir
Tinggalkan Allah
Lari dari bersyukur
Bagai langit dengan bumi kita dengan rakyat Palestin

Perit hidup untuk ditempuhi
Tapi kerana Allah...
Kerana Allah mereka masih berdiri dan tidak berganjak



*Tersentuh hati mendengar lagu ini berulang-ulang kali.sungguh kita hanya musafir yang kelak akan kembali pada Allah SWT. Dunia hanya persinggahan. Akhirat yang kekal*

Janganlah kita lupakan saudara-saudara kita di sana..Jika tidak mampu sumbangkan tenaga...Kirim-kirimkanlah doa..Moga Allah sentiasa melindungi mereka..Mati? Ya mati itu pasti.. Tapi tidak bermakna kita perlu pekakkan telinga dan butakan mata. Berani kerana benar.. Pasti...suatu hari nanti Islam akan menang.. PASTI !

SEMOGA ALLAH BERSAMAMU PALESTIN