Tampilkan postingan dengan label tidak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tidak. Tampilkan semua postingan

Jumat, 25 April 2014

Hukum Tunjuk Gambar Tidak Menutup Aurat Ketika Kecil

*awat macam terkezuttss sangat baby?*

Pernah saya tertanya-tanya apakah berdosa kita tunjukkan gambar sewaktu kita kecil yang tidak menutup aurat?Ada juga saya bertanya kepada kawan-kawan yang lain..masing-masing berlainan pendapat
Baiklah...ini yang saya dapat kutip dari halaqah.net serta penerangan dari Ustaz Azhar Idrus dan telah saya simpulkan sedikit :)

Kalau gambar yang kita tunjuk tu adalah sebelum kita Mumayyiz, maka ia adalah harus. Mumayyiz disini adalah sewaktu kita sebelum umur 7 tahun.. Kalau selepas umur 7 tahun tidak boleh kita tunjuk lagi.

Tapi kadang-kadang bergantung dengan niat jugak.. Adakah kita meletakkan gambar tersebut dengan harapan untuk dipuji? kerana dari dipuji ni lah akan timbul penyakit riak dan takbur. Jadi, apakah niat kita??

Mumayyiz = anak yang sudah mencapai usia di mana seorang anak sudah boleh membezakan mana hal yang bermanfaat baginya dan mana hal yang membahayakan dirinya, sebahagian ulama' menyatakan bahwa pada usia ini seorang anak memiliki kemampuan dalam otaknya untuk mencari erti dari sesuatu hal. Pada masa ini seorang anak sudah mampu untuk melakukan beberapa hal dengan sendirinya, seperti makan sendiri, minum sendiri, dan lain lain. Umur mumayyiz menurut majoriti ulama' adalah 7 tahun, dan berakhir setelah sampai pada masa baligh.

*rest like a king..omeyyy ^^*

Sedikit sedutan dari jawapan yang diberikan Ustaz Azhar Idrus

Sabtu, 19 April 2014

Golongan yang dosanya tidak diampunkan Allah SWT walaupun dengan bertaubat

Assalamualaikum wbt :)
Lama dah tak post anything kat blog ni..
Been busy lately..hehe



Okay..hari ni terpanggil untuk menulis tentang 6 golongan yang Allah SWT tidak ampunkan dosanya walaupun dengan bertaubat :

1. Makan harta anak yatim secara HARAM
Bagi menghapuskan dosa tersebut, si pemakan harta anak yatim ini hendaklah membayar semula kesemua yang telah diambil. Jika anak yatim tersebut memaafkan, maka bertaubatlah pada Allah SWT. Tetapi jika anak yatim tersebut tidak memaafkannya maka dosanya tidak akan terhapus sampai bila-bila.

2. Menuduh wanita solehah berzina
Jika perempuan solehah yang dituduh memaafkan, barulah boleh bertaubat pada Allah SWT. Tetapi jika perempuan tersebut tidak memaafkan, maka dosanya tidak akan terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT.

3. Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT
Sesiapa yang lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah maka dia adalah seorang yang dayus dan tidak layak untuk masuk ke dalam Syurga.

4. Melakukan sihir
Mereka yang melakukan sihir telah pun mensyirikkan Allah. Maka tidak layak untuk bertaubat kepada Allah SWT. Kecuali dia mengucap semula kalimah Syahadah dan menyerahkan pada kerajaan Islam untuk memberikan hukuman yang sewajarnya.

5. Mensyirikkan Allah SWT
Perbuatan mensyirikkan Allah SWT melalui niat mahupun percakapan secara sedar ataupun tidak sedar, tidak layak untuk bertaubat kepada Allah SWT. Hendaklah dia mengucap semula kalimah Syahadah dan menyerahkan diri untuk diberikan hukum hudud barulah bertaubat kepada Allah SWT

6. Membunuh para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT
Sesiapa yang telah membunuh para Nabi utusan Allah SWT layak untuk diberikan hukuman bunuh dan terserah pada Allah SWT untuk memberikan azab kepadanya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Moga kita tidak tergolong dalam golongan ini. Sungguh azab Allah amat pedih. Tak tertanggung dek kita di akhirat nanti. Bagi yang masih melakukan dosa (termasuk diri  saya sendiri) selalulah memohon ampun dan bertaubat kepada Allah. Biar pun 1 juta kali pun bertaubat. Tapi jangan lupa untuk terus bertaubat. Insyaa Allah.