Dari darjah 1 sampai darjah 6 aku tak pernah langsung berinteraksi dengan bangsa lain
Spesifically non-muslim people
Sebab sekolah aku sekolah pendalaman
So most of the student there are malay which is muslim
Masuk form 1 jugak macam tu
Dari form 1 sampai form 3...takde seorang pun non-muslim dalam kelas aku
Sebab aku masuk kelas rancangan khas which at that time hanya untuk malays
Sekarang dah campur-campur dah untuk menggalakkan persaingan
Nanti orang melayu jadi malas..sume dah disuapkan
Then masuk form 4 ade lah mule ade classmates non-muslim
Tapi aku tak rapat sangat dengan dieorang sebab tak tau nak ckp ape ngan dieorang
Huhuhu...takde experience la katakan
Belum sempat nak rapat-rapat, aku pun dapat tawaran ke MRSM
MRSM?? Korang tau la MRSM pun jarang-jarang ade non-muslim kan
So conclusion die memang aku tak pernah berinteraksi dengan people selain malays
After MRSM aku masuk college untuk buat foundation in science
Haa...dari sini lah aku dah start campur dengan non-muslim
Okayy...they are so much fun to be friend with :) :) :)
Sangat-sangat caring...
Tu pun sekejap je aku kat college tu sebab dapat tawaran masuk U plak
But walaupun sekejap that friendship are sooooo precious!!
Sayang korang ketat-ketat..huhuh
Baru minda aku terbuka sikit
I learn more about other culture and other religion
Next aku dapat tawaran belajar ke luar negara
Bach in Dental Surgery
Aku dapat pulak housemate non-muslim lagi
Yayy...sekarang aku dah tak rasa awkward tu lagi
And sampailah sekarang dah tahun ke 4 aku kat sini
Still housemate yang sama...
Makin lama aku kenal dia..makin terkesan aku rasa
Seorang non-muslim yang kuat jati dirinya
Walaupun dia bukan seorang muslim...tapi pegangan hidup die aku sangat respect
Dia respect pasal agama Islam..interested nak dengar and belajar pasal Islam
Malu jugaklah aku sebab banyak jugak yang aku tak tau bile die tanya
So..aku terpaksa do research untuk tau and explain kat die
Automatically...aku lebih dekat dengan agama Islam..aku belajar lebih banyak
Pernah waktu tu aku kat bilik..tengah baca Yassin waktu tu
Dia datang duduk sebelah and dengar aku baca
Dia kata "so beautiful"
Sedangkan seorang muslim pun takkan datang duduk and dengar kwn muslim dia baca Al-Quran
Then aku pun banyak discuss dengan dia pasal agama dia
Adelah die cerita pasal agama dia jugak...aku pun cerita more about Islam
Die sangat tertarik..
Kadang-kadang tu die pulak ingatkan aku solat
Hahaha...nak gelak jugak masa tu
Walaupun dalam keluarga dia takde seorang pun convert Islam,
Tapi family dia bagus-bagus jugak
Respect other religion
Mak ayah dia tiap-tiap bulan derma untuk 5 tempat kebajikan
Walaupun hanya dengan gaji yang sebegitu...parents dua-dua cikgu
Dengan menyara seorang adik yang down sindrom
Perlukan duit yang sangat banyak untuk treatment and care center
Tapi tak pernah membantutkan dieorang untuk help others in need
Kawan aku ni pun tiap-tiap hari sedekah pada orang
Tak pernah berat untuk hulurkan duit
Malah tak boleh tidur malam kalau dia tak sedekah kalau orang mintak (bersebab)
Kita yang muslim ni pun kedekut nak keluar duit untuk bantu yang lain
Liat sangat tangan nak hulur sedekah pada orang yang susah
Alasan...duit makan sendiri pun tak cukup
Padahal sikit pun dah cukup sebab
"MEMBERI SEDIKIT DENGAN IKHLAS TU LEBIH BAIK DARI MEMBERI BANYAK UNTUK TUJUAN MEMBANGGAKAN DIRI PADA ORANG LAIN"
Yang kaya makin kaya
Tak ada niat langsung nak bantu orang-orang yang susah
Yang susah untuk mendapatkan sesuap nasi pun sehari
Tidak malu kah kita dengan non-muslim yang macam ni??
Boleh kita buat macam dia??
Maaf ya, memang bukan semua yang macam ni...segelintir je masyakat muslim kita
Sedarlah saudara muslim dan muslimah ku
Kalau orang non-muslim boleh buat macam ni...kenapa tidak kita?
Sepatutnya kita lebih-lebih lagi
Contoh : Allahyarham Ahmad Ammar
Seorang pemuda yang mati syahid di jalan Allah
Dalam waktu yang begitu muda...hidup penuh terisi dengan semua yang bermanfaat
Menolong orang disana dan sini walaupun terancam nyawanya
One more thing yang aku kagum dengan kawan aku ni
Walaupun dia non-muslim
Tapi pakaian semua terjaga
Dia tak suka pakai seksi-seksi
Tak pentingkan gaya yang penting baju mesti longgar
Nak tutup sini..nk tutup sana
Nak pakai skirt pendek pun liat
Nak semua yang tutup dari atas sampailah ke buku lali
Disebabkan dia non-muslim and tak pakai tudung,
Dia sendiri ada mengaku dengan aku
Yang dia malu sebab tak tutup dada dia
Malu orang tengok
Tengoklah masyarakat melayu muslim kita sekarang?
Leka dengan dunia...nak tutup aurat pun kata tunggu sampai seru
Padahal seru tu da lama Allah turunkan..
Dasyat...dunia akhir zaman itu sangat dasyat
Aku juga begitu...masih jahil dan lalai dalam duniawi
Masih lagi membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah
Masih lagi tak menutup aurat dengan sempurna
Mashaallah :(
Tapi akan ku persiapkan diri untuk menghadapi kematian
Kerana aku seorang muslim
"Jika kita mencari jalan untuk ke syurga,nescaya dunia juga kita dapat
Tapi kalau asyik mengejar dunia yang hanya sementara, tak terkejar syurga bagi kita"
Insyaallah...
Semoga yang baik-baik untuk kita semua :)
Sahabatku...aku mendoakan Islam bagimu
Ya Allah..jadikanlah sahabatku dan keluarganya ini saudara muslimku
Aku mahu syurga bagi mereka
Aku sayang sahabatku...
Bukakanlah pintu hidayah untuk mereka
Tidak ada komentar:
Posting Komentar